Alhamdulillah.
Syukur usaha dari tahun lepas untuk adakan kursus PHPRunner di JANM khas untuk Skim F ni berjaya juga. Mula² propose tu semua tertanya..kita nk buat sistem sendiri ke?..ujian..Syukur berjaya dapat bajet.
Mula²agak sukar nak dapatkan peserta kursus ni. Slow sgt yang daftar. Mungkin ramai tak yakin nak develop sistem ni. Ada dekat 3 kali jugak buat promo dengan pelbagai strategi seperti tunjukkan sampel agensi dah guna dan mudahnya guna tools ni boleh siapkan sistem dalam masa singkat.
Kelakarnya ada antara peserta ni join dgn alasan boss suruh, ada sebab nak cukupkan KPI kursus dan ada yang memang nak kenal tools ni sebab baru bagi mereka.
Berdebar tunggu hari kejadian sebab nak tau respon peserta. Discuss dengan trainer untuk silibus ajar dan yakin dia dh biasa ajar murid beginner.
Alhamdulillah.. selesai tadi kursus 2 hari. Memang singkat dan kompak. Cikgu ajar pon tenang dan byk ilmu dikongsi. Respon yang diterima semuanya berpuas hati dan balik nak develop sistem kecik². Terbaeklah korg. Moga manfaat ni disebarkan kpd rakan lain juga untuk lebih banyak dpt wujudkan komuniti Developer PHPRunner di Malaysia.
We Learn We Develop We Share.
Misi upskill skim F JANM tercapai
. Walau tak semua gunakannya tapi harapnya cerita baik guna tools ni tersebar luas. Ini baru permulaan. Moga dapat terus istiqomah sapot mereka.


