Skip to main content

Kursus PHPRunner 11.1 for PHP & MySQL Applications

Agensi: Jabatan Pertanian, Putrajaya
Tarikh: 22 – 24 September 2025
Bilangan Peserta: 7 orang (Pegawai Teknologi Maklumat & Penolong Pegawai Teknologi Maklumat)
Pengajar: Tn. Hj. Muzhafar Ahzan.

Jabatan Pertanian Putrajaya telah menganjurkan Kursus PHPRunner 11.1 for PHP & MySQL Applications pada 22 hingga 24 September 2025. Seramai tujuh (7) orang pegawai, terdiri daripada Pegawai Teknologi Maklumat dan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat, telah menyertai kursus ini.

Latihan ini dijalankan dalam bentuk coaching style, yang memberi penekanan kepada bimbingan praktikal dan interaktif. Sepanjang tiga hari, peserta diberi tunjuk ajar khusus dalam membangunkan aplikasi menggunakan PHPRunner 11.1 dengan integrasi pangkalan data PHP & MySQL.

Fokus utama kursus ini adalah pembangunan Sistem Permohonan Kuota Pekerja Asing (Sub-sektor Tanaman), bagi memenuhi keperluan operasi Jabatan Pertanian. Pendekatan ini membolehkan peserta terus mengaplikasikan ilmu yang dipelajari ke dalam sistem sebenar yang sedang dibangunkan.

Melalui kursus ini, peserta bukan sahaja meningkatkan kemahiran teknikal dalam membangunkan aplikasi berasaskan web, malah memperkukuh kefahaman tentang bagaimana PHPRunner dapat mempercepatkan pembangunan sistem, meningkatkan produktiviti, dan menyokong automasi kerja harian.