Skip to main content

Membangunkan sistem semakin mudah dan cepat sejak adanya kemudahan AI seperti ChatGPT, Gemini, dan lain-lain. Dengan menggunakan prompt yang tepat dan jelas, AI juga dapat membantu pengguna menghasilkan projek PHPRunner yang diingini.

ZAMAN AI, tiada website komuniti pun TIADA MASALAH. AI boleh bantu.

Disini ada beberapa tip yang membantu anda buat prompt untuk hasilkan kod.


  • Tujuan / Masalah

    • Terangkan apa yang nak dicapai atau masalah yang dihadapi.

    • Contoh: “Saya nak buat workflow submit–review–approve, tapi button kemaskini tak keluar ikut role pengguna.”

  • Maklumat Berkaitan Projek

    • Nama table & column (penting supaya kod/SQL boleh align dengan struktur sebenar).

    • Workflow atau logik yang anda gunakan (contoh: DERAF → SEMAKAN → LULUS).

    • Role pengguna yang terlibat (Pemohon, Petugas, Pelulus, Admin).

  • Kod Sedia Ada (jika ada)

    • Sertakan snippet kod event / SQL / custom button yang sedang anda guna.

    • Kalau panjang, ambil bahagian kritikal sahaja (contoh: dalam BeforeEdit, AfterAdd, atau Custom Button).

  • Hasil Yang Dikehendaki

    • Terangkan apa output yang anda nak (contoh: “button hanya muncul bila status DERAF dan role = Pemohon”).

    • Kalau ada contoh paparan / flow, lebih jelas.

  • Tambahan (Opsyenal)

    • Versi PHPRunner (contoh: 10.9 atau 11.1).

    • Screenshot error (jika ada).

    • Table join atau lookup berkaitan.


Contoh Prompt Lengkap

“Saya guna PHPRunner 10.9, table permohonan dengan column status_permohonan dan status_tindakan.
Saya nak kawal supaya button_kemaskini hanya keluar kalau role = Pemohon DAN status_permohonan = DERAF.
Kod saya sekarang (dalam permohonan_events.php) macam bawah ni tapi button masih keluar untuk semua user.”

if ($statusPermohonan == “DERAF”) {
$pageObject->showItem(“button_kemaskini”, $recordId);
}

“Boleh tolong betulkan supaya ikut role juga?”


Template Minta Bantuan Kod PHPRunner

1. Versi PHPRunner:
(Contoh: PHPRunner 10.9 / 11.1)

2. Nama Table & Column Penting:
(Contoh: Table = permohonan, Column = status_permohonan, status_tindakan, pegawai_petugas)

3. Role Pengguna:
(Contoh: Pemohon, Petugas, Pelulus, Admin)

4. Workflow / Logik Dikehendaki:
(Contoh: DERAF → SEMAKAN PERMOHONAN → DILULUSKAN)

5. Kod Sedia Ada (jika ada):

// Contoh kod yang anda dah cuba
if ($statusPermohonan == “DERAF”) {
$pageObject->showItem(“button_kemaskini”, $recordId);
}

6. Masalah / Error:
(Contoh: Button masih keluar untuk semua role, walaupun sepatutnya hanya Pemohon.)

7. Hasil Yang Dikehendaki:
(Contoh: Button kemaskini hanya keluar jika status_permohonan = DERAF DAN role = Pemohon.)

8. Tambahan (Opsyenal):

  • Screenshot error / mesej ralat

  • Table join / lookup berkaitan


Selamat mencuba